Wednesday 30 March 2011

MUTIARA KATA 1

William A.Ward
·  "Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung menjadi inspirasi."

GURINDAM IKHLAS SEBAGAI RENUNGAN

Gurindam Ikhlas sebagai renungan

 
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat
bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi
ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang
tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan
maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

nukilan..semutarhitam

SAHAM AKHIRAT..AYUH KITA BUAT PAHALA

              Perhatian kepada semua Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal melalui Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu program iaitu wakaf buku Iqra...sesiapa berminat boleh terus menghubungi pihak sekolah dengan kadar segera. Penyelaras program ini adalah Puan Mawaddah...Mari kita sama2 mencari saham akhirat..amin

Monday 21 March 2011

MATEMATIK MENYERONOKAN ATAU TIDAK ?

Assalamualaikum..
        Tiba-tiba aku terfikir sejenak apabila aku ada seorang anak murid aku datang mengucapkan terima kasih kepada aku kerana dia seronok belajar matematik sekarang..
        Aku hanya mahu menduga murid tersebut dengan persoalan " Betoi ker seronok ? ( dalam loghat utara ). Anak murid itu terus menjawab " Betul Cikgu sejak belajar dengan cikgu saya  dah tahu jambatan gantung, traffic light, pedang wusyu,pecahan gila @ pecahan gila, dan saya xsabar nak tahu apa lg seterusnya selepas ini.
          Dalam hati aku bersyukur kerana anak murid aku sudah memahami apa yang aku cuba sampaikan dan mengubah perspektif mereka selama ini yang mana matematik adalah susah..
         Insyaallah aku akan berkongsi lg apa yang aku dimaksudkan dengan jambatan gantung dan istilah2 yang lain.

Usik..Kamarul Azamin

   Semasa zaman maktab aku ada seorg rakan sebilik yg ckup kreatif n pelik juga lah orgnya.Mungkin aku dah nasib duduk dengan org pelik sebab aku pun pun jenis pelik juga.Jujur bicara aku kagum dengan rakan sebiliku, banyak pengalaman dia dalam kehidupan sebelum menjadi guru.Masihku ingat bagaimana seorg senior nak gaduh depan bilik aku kerana rakan sebilik aku mengacau aweknya kononnya tp itu semua hanya kebetulan atau kesilapan kecil sahaja, masih ku ingat bagaimana sedapnya suaranya menyanyikan lagu TERATAI ( Ramli Sarip ) setiap malam n aku banyak berkongsi kisah kehidupanya dengannya.Aku bersyukur kerana Allah ketemukan aku dengan dia.Walaupun dia agak berbeza umur denganku tp dia seorg yg baik n sabar dalam kehidupan.Mungkin selama 2 tahun 6 bulan aku menjadi rakan sebiliknya tak dinafikan pernah berlaku perselisihan faham tp semua dapat kami harungi dan kami antara rakan sebilik yg kekal hingga akhir semester.Aku masih ingat bagaimana kami kongsi nasi bungkus bahagi dua org kerana elaun lambat.. Masih ku ingat bagaimana motosikal suzuki ABN ( no xingat plak )setiap hujung minggu kami pergi ke pekan Kuala Lipis untuk bersarapan pagi. Terima kasih..Orang yang aku maksudkan adalah KAMARUL AZAMIN atau DOKTE atau ABE YO.. aku dedikasikan sajak ini untuk roomateku...
 
KAMARUL AZAMIN DAN ISTERINYA
 
Usik ku kali ini adalah usikan pelik

usik kerana aku mengingatimu

usik kerana aku rindu padamu

usik kerana ingin bertamu

Biarlah aku terus mengusik

kerana aku sendiri terkadang terusik

terusik kerana mengenangkanmu

terusik kerna jauh darimu

terusik kerana tertunggu-tunggu

Dulu aku mengusik engkau terusik

Engkau mengusik aku terusik

Tapi hari ini aku terusik bukan kerana engaku mengusik

dan engkau terusik bukan kerna ku mengusik

Yang pasti kita sama-sama terusik

 

GENG SEPARUH BADAN BOLA

Assalamualaikum..
     Tiba-tiba terdetik dihatiku ingin memperkenalkan kepada kalian semua mengenai pasukan futsal yang aku join. Pasukan ini asalnya hanya terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang di awal penubuhannya pada tahun 2007.
     Sewaktu itu ahli pasukan terdiri daripada aku ( penyimpan mohor besar atau chairman ) he.he jgn marah kawan2, abg cop, razak, suhairi, azazul ( kelate ), syahrul, ustaz shargawi,apek ( mr ewe ),zulfadli,ridwan,zam dan pedot.
     Alhamdulillah selepas tahun 2008, selepas aku dan beberapa orang guru bertukar mengajar di seberang perai utara, pasukan ini telah berkembang dan menjadi team yang kuat sekarang dengan adanya geng juru, fattah, dan ramai lagi.
     Terlupa plak aku nak beritahu nama pasukan ini telah diilhamkan oleh seorang ustaz iaitu ustaz syahrul noor..dia diantara yang paling semangat pada masa itu..
     Semoga impian aku mahu melihat pasukan ini mengambil bahagian dalam FUTSAL HARIAN METRO menjadi kenyataan.

Friday 18 March 2011

Salam Qaseh Ilmu

Assalamualaikum..
Kenali lah saya sebagai Qaseh Ilmu..seorang guru yang ingin membantu anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran..selain itu juga blog ini adalah catatan kehidupanku buat semua sebagai sumber motivasi serta bersama-sama mencari kasih abadi.
Sekian..terima kasih