Perkara ini terjadi selepas aku mengambil exam..apa yg terjadi ini masih aku ingat akan apa yg ditullis oleh seorang ustazah di sekolahku " KERANA RM50 ". Apa yang aku ingin sampaikan ini bukan untuk membuka pekung sesiapa tetapi cukuplah sebagai ingatan untuk kita bersama..Aku namakan coretan ini sebagai " KERANA RM21.50 ".
Bila inginku tulis coretan ini aku nak semua yang akan membaca coretan ini dengan lafaz bismillah sebelum terus membaca catatanku ini.. Semalam diantara hari yang memenatkan diriku aku membaca buku macam orang gila kerana exam.Di takdirkan paper yang aku ambilkan hari ini senang dan aku habiskan 40 minit awal.Sewaktu aku keluar dari pintu pagar USM aku melihat seseorang yang amat ku kenali sedang merayau mengumpul tin2 kosong dan kertas.Aku melihat budak itu dari jauh, aku berkata kpd kawanku aku mahu ikut budak ini kerana aku amat mengetahui latarbelakang bidak ini.. aku Ikut budak itu sehingga ke kawasan Tesco Sungai Dua di situ ada sebuah kedai membeli barang lusuh..
Aku dari meletakkan kenderaaan aku jauh supaya budak itu tidak tahu aku mengekorinya. Aku pergi ke kedai itu dan aku mendengar perbualan antara budak itu dgn taukey cina itu " Taukey semua barang hari ini dapat berapa duit.." tanya budak itu.." Lu punya barang semalam dengan hari ni baru rm 19.50 "ckp dgn taukey itu. " Taukey bg saya ckup rm21.50 " " taukey itu tetap berkeras tak mahu memberinya...kesian sungguh aku melihat budak itu.." Taukey sat lagi saya datang lagi lu simpan duit ini dulu saya tetap mahu cari barang bg ckup rm21.50 "
Di fiikiranku mengapa budak ini mahu sangat mencari Rm21.50..selepas budak itu pergi aku tanya taukey pasal apa budak itu cari barang lusuh utk dijual.Taukey itu ckp " Gua xtahu tapi setiap hujung bulan dia mesti datang bawa barang lusuh dan dia hanya mahu mencari duit tak lebih dari rm25 dan tak kurang dari rm 21.50 "
Aku masih menunggu dekat kedai itu, kira2 30 minit budak itu datang bawak kotak n beberapa lagi tin2 minuman.."Taukey u xpayah timbang lah bagi saya lagi dua ringgit, kira cincai lah " kata budak itu..taukey itu pun setuju..
Budak itu dengan senang hati terus ambil duit itu pergi ke Tesco yg tidak jauh dari kedai barang lusuh lagi..Dalam hatiku masih timbul persoalan mengapa budak itu mahau sangat rm21.50 Aku terus mengikuti budak itu ke tesco..sampai di sana budak itu terus pergi ke bahagian susu terus diambil susu dan terus hendak dibayar.Aku terus mengikuti dia sampai di kaunter dan aku menegurnya. Dia terkejut apabila aku menegurnya..Dia terkejut n dia masih mengenaliku dia terus mencium tanganku sambil satu persoalan timbul dari mulutnya " Cikgu saya nak cepat " aku pun berkata cikgu nak ikut kamu ke rumah kamu..Budak itu terus mebantah cikgu xpayah lah ikut saya balik rumah.. Aku tetap berkeras mahu ikut dia kerumah..Aku terus mengikut dia pulang ke flat dia tinggal sewaktu berjalan ke falt tempat dia tinggal dia ingatkan aku " cikgu jgn terkejut bila sampai di rumah nanti ". Apa yang dimaksudkan oleh budak itu
Setahu aku ayah budak ini dahulu bukan orang susah, dia seorang yang mempunyai ijazah n hidup mewah juga sewaktu aku mengenali keluarga budak ini dahulu..Apabila aku sampai ke rumah budak tersebut alangkah aku terkejut apabila melihat ayah budak ini terlantar sakit dan susu yang berharga rm21.50 tadi adalah untuk ayahnya..aku tanya mana mak kamu..dia cakap mak di dalam bilik mak pun tak sihat..cikgu duduk sat saya nak bancuh susu untuk mak n ayah itu lah ayat yang terpacul dimulut budak itu..aku terus melihat gelagat budak itu dan aku tahu sekarang mengapa rm21.50 amat bernilai bg budak itu..Selepas beberbual baru aku tahu ayahnya diserang angin ahmar seusia 38 tahun n ibunya disahkan menghidap kanser pangkal rahim...skrg budak itu lah yang menjadi ketua keluarga..setiap bulan dia akan ponteng sekolah sehari untuk keluar mencari bahan2 terbuang bg mencari rm21.50 utk membeli susu untuk ibu dan ayahnya.
Semasa aku mendengar perbualan budak itu tiba2 datang seorang cina rupanya jirannya yg mengahantar beras kepada keluarga budak terbabit. selepas sejam plak ada seorang india datang rumah mengahntar sedikit sambil cakap . Uncle xada overtime bulan ini sikit sahaja uncle boleh tolong " . Aku tanya budak itu cina dan india tu memang setiap bulan ker datang..dia hanya mengangguk..ada orang lain datang lagi tak dia hanya menggeleng..aku didalam hati berkata mengapa boleh terjadi bergini.Aku termanggu n aku ingin bertnya kepada kiita semua adakah kita menghargai wang yang kita ada..adakah kita sanggup untuk menghulungkan rm21.50 utk budak ini setiap bulan...adakah kita bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi utuk kita setiap bulan fikr2 bersama..
No comments:
Post a Comment