KELAS BIMBINGAN CIKGU ANUAR
TEKNIK MEMASUKKAN UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN
Karangan yang menarik diselitkan dengan ungkapan yang menarik . Ungkapan menarik terdiri daripada pelbagai jenis seperti Peribahasa , Pantun, syair, sajak,gurindam, seloka,senikata lagu . Termasuk juga ucapan daripada pemimpin, cendekiawan, ahli falsafah dan kata-kata hikmat.
Elakkan melakukan perkara berikut:-
· Menulis ungkapan menarik yang tiada kaitan ataupun yang tidak relevan dengan isi yang dibincangkan .
· Tidak menulis ulasan yang menunjukkan perkaitan antara ungkapan menarik dengan huraian/isi yang dibincangkan. Dengan erti kata lain , tiada kesinambungan /pertautan dengan ayat sebelum atau selepas ungkapan menarik itu dalam karangan.
· Menulis ungkapan menarik yang tidak lengkap
· Mengubah ungkapan menarik yang sedia ada kepada ayat lain.
Contoh penggunaan ungkapan menarik :-
Contoh 1
Masukkan lirik lagu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari ilahi
Ahai…
Ayah dan ibulah yang mesti dhormati
ü Lirik lagu di atas telah didendangkan oleh…….. Menerusi sebahagian daripada lirik lagu itu kita didendangkan dengan pengorbanan ayah dan ibu yang tiada batasannya demi anak tercinta. Kita juga dididik menjadi manusia yang tahu menghormati orang yang banyak berjasa kepada kita.
Contoh 2
Masukkan beberapa peribahasa yang sinonim dan yang lain dalam satu ayat
ü Sesungguhnya perpaduan menjadi wahana utama dalam kehidupan yang harmoni. Perpaduan mampu melahirkan masyarakat yang saling membantu dan bekerjasama ibarat aur dengan tebing ,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing , ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni sekaligus menghapuskan resmi hidup bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing .
ü Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, begitulah yang dapat saya gambarkan tentang usaha menjayakan majlis seperti ini yang tentunya melibatkan permuafakatan dan semangat kerjasama erat serta usaha gigih semua pihak. Sesebuah institusi pendidikan yang cemerlang ditunjangi oleh modal insan yang dibina melalui sistem pendidikan yang berkualiti .
Contoh 3
Masukkan maksud hadis
ü Didikan agama yang diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil menjadikannya insan yang berpekerti mulia. Nilai-nilai Islam yang baik patut diamalkan oleh setiap individu di muka bumi ini. Rasulullah SAW pernah bersabda” Aku tidak tinggalkan apa-apa kepada kamu semua melainkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunah . Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang teguh kepada kedua-keduanya”. Perkara ini membuktian bahawa perjalanan hidup berlandaskan al-Quran dan sunah dapat membimbing kita ke arah jalan yang diredainya sekali gus membentuk diri menjadi manusia yang berpekerti mulia
Contoh 4
Masukkan kata-kata/ ucapan daripada tokoh
ü Oleh itu sebagai rakyat yang memiliki minda kelas pertama, usahlah kita berat tangan dalam soal menabur bakti kepada negara, sebaliknya sentiasa bersedia untuk mencurahkan tenaga, idea dan lain-lain lagi demi negara tercinta. Akhirulkalam, renunglah kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat , F. Kennedy ini “ usah ditanya sumbangan Negara kepada anda, tetapi tanyalah bakti anda untuk negara”
Contoh 5
Masukkan gurindam
ü Kewujudan masyarakat penyayang dapat direalisasikan seandainya semua pihak bersatu hati dan mengatur langkah sederap yakni berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan semangat ukhuwah dalam keluarga dan masyarakat . Ibu bapa seyogianya memainkan peranan dengan berkesan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Hal ini demikian kerana benih-benih kasih sayang yang disemai oleh ibu bapa akan tumbuh mekar dalam sanubari anak-anak dan seterusnya mereka akan menjadi manusia yang sentiasa prihatin tentang hubungan sesama manusia. Dalam hal ini , gurindam Melayu ada mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang antara lainnya berbunyi :
Jika benihnya benih molek,
Jika tanahnya tanah cantik,
Jika bajanya baja baik,
Tentu pokok cepat naik
Oleh itu soal mendidik anak bukanlah soal yang boleh dipandang enteng . Hal ini demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang dapat dijelmakan .
Contoh 6
Masukkan pantun ( bukan sahaja untuk karangan jenis ucapan, syarahan, pidato seperti
contoh di bawah , pantun boleh dimasukkan untuk karangan yang lain seperti karangan pendapat, rencana, wawancara, keperihalan dan lain-lain ).
ü Amalkan segala langkah yang telah kita bincangkan sebentar tadi untuk mewujudkan budaya membaca di rumah masing-masing agar modal insan yang dilahirkan mampu menjadikan Negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Nampaknya masa amat mencemburui kita dan sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi
LATIHAN
Lengkapkan tempat kosong yang bernombor dalam ayat di abwah dengan ungkapan menarik yang sesuai.
(1)……………………………………………………………………………………………………………………….. begitulah yang dapat saya gambarkan tentang usaha menjayakan majlis seperti ini yang tentunya melibatkan permuafakatan dan semangat kerjasama erat serta usaha gigih semua pihak kerana(2)…………………………………………………………………………………
Justifikasinya, pembangunan yang tidak terancang telah menyebabkan berlakunya banjjir kilat dan pada kala itu , kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana (3) …………………………………………………
Marilah kita bersama-=sama memperbaharui tekad dan iltizam untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Semuanya bergantung kepada kita sama ada ingin ataupun tidak seperti kata peribahasa (4) ………………………………………………………………………….
Saya yakin dengan usaha murni ini, kita mampu merealisasikan hasrat untuk membina Negara bangsa yang ………………………………………………………………...
lutfi comel
ReplyDeletesal lawa
Jangan rawak sangat
Deletebaiknya
ReplyDelete