Wednesday 6 April 2011

BAHASA MELAYU TAHUN 3

Technorati Tags: ,,

BAHASA MELAYU

KERTAS 1 ( PEMAHAMAN )

MASA : 50 MINIT

Tiap-tiap soalan diikuti dengan tiga pilihan jawapan A, B, C dan D atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan kertas jawapan.

Soalan 1 – 30.

Pilihan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

clip_image002

Gambar 1

1. Ayah menebas __________dengan menggunakan sebilah sabit.

A. lalang C. pokok

B. pepohon D. belukar

2. Datuk menghidap penyakit ________________.

A. ubat C. polis

B. jantung D. jururawat

3. Saiful membaca _______________ di bilik bacaan.

A. kaset C. novel

B. setem D. radio

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

clip_image004

Gambar 2

4. Bangunan yang tertinggi di negara kita ialah

__________________.

A. Menara Kuala Lumpur

B. Pusat Dagangan Dunia Putra

C. Menara Berkembar Petronas

5. Ibu pergi ke ___________untuk membeli ikan.

A. bank

B. pasar

C. laut

6. Wani menunjukkan beberapa _______________

poskad yang dihantar oleh kawan-kawannya.

A. helai C. buah

B. keping D. naskhah

7. Jamil membeli se___________mancis.

A. kotak C. naskhah

B. ketul

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

clip_image006

Gambar 3

8. Ayah mennggunakan se__________sabit untuk memotong rumput.

A. biji C. batang

B. bilah

9. _____________ buah rumah itu musnah dalam

kebakaran pada petang semalam.

A. Kedua C. Dua-dua

B. Kedua-dua D.Berdua-dua

10. Ikan sungai itu berbau __________.

A. hanyir C. tawar

B. masam

11. Halaman rumah Suhaiza sungguh ___________.

A. longgar C. luas

B. lebar D. panjang

12. Jamil membeli se___________surat khabar.

A. kotak C. naskhah

B. ketul

13. Hadi tidak mahu makan _________ dia kenyang.

A. sambil C. kerana

B. oleh itu D. sambil

Soalan 14 berdasarkan Gambar 4

clip_image008

Gambar 4

14. __________ hari Ahad, saya sekeluarga pergi

berkelah di Teluk Batik.

A. Di C. Dengan

B. Pada D. Daripada

15. Dia ______________ kecewa akan sikap kawannya

yang talam dua muka.

A. merasa C. berasa

B. terasa

Soalan 16 berdasarkan Gambar 5

clip_image010

Gambar 5

16. Ali terlantar di hospital selam _________ akibat

kemalangan jalan raya.

A. sejuta C. sebulan

B. sebulan D. beberapa

Soalan 17 berdasarkan Gambar 6

clip_image012

Gambar 6

17. Aina berasa sungguh gembira kerana dia mendapat

tempat yang __________ dalam pertandingan itu.

A. satu C. banyak

B. setengah D. pertama

18. Kami sekeluarga ber_____________kerana kejayaan

cemerlang abang dalam peperiksaan UPSR.

A. besar hati C. kecil hati

B. busuk hati D. ada hati

19. Jangan _____________ dengan menyatakan budak

itu mencuri baju kamu.

A. mulut murai C. serkap jarang

B. angkat muka D. tangkai jering

20. _________, besarnya anting-anting kamu !

A. Eh C. Amboi

B. Nah D. Cis

21. _________, sudah lama kita tidak bertemu !

A. Wah C. Oh

B. Eh

Soalan 22 berdasarkan Gambar 7

clip_image014

Gambar 7

22. _________kah di dalam kotak itu ?

A. Mana C. Bila

B. Apa

Soalan 23 berdasarkan Gambar 8

clip_image016

Gambar 8

23. Setiap pagi, peraih itu bersampan ke kuala untuk

menjual barang jualannya.

Perkataan berlawanan bagi kuala ialah

A. muara C. hulu

B. tengah D. hilir

Soalan 24 berdasarkan Gambar 9

clip_image018

Gambar 9

24. Lauk-pauk yang dihidangkan itu sungguh lazat.

Perkataan seerti bagi lazat ialah

A. garing C. sedap

B. pedas D. lemau

25. Saya ke pejabat bersama Fatehah.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

A. Siapakah yang ke pejabat ?

B. Bagaimanakah kamu ke pejabat ?

C. Kamu ke pejabat dengan siapa ?

D. Di manakah pejabat kamu ?

26. Bagaimanakah dia memperolehi keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan ?.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A. Dia rajin belajar dan sentiasa membuat

ulangkaji.

B. Tidak, dia tidak membuat ulang kaji.

C. Saya rasa tidak penting.

D. Adiknya lebih pandai daripada kakak.

27. Air mukanya nampak jernih setelah mendapat

berita itu.

Perkataan berlawanan bagi jernih ialah

A. hodoh

B. jelita

C. kotor

D. keruh

28. Ayah __________ adik supaya belajar dengan tekun

kerana peperiksaan sudah semakin hampir.

A. teringat

B. mengingatkan

C. mengingati

D. diingatkan

29. Beg wanita itu diperbuat _________ kulit.

A. dari

B. daripada

C. kepada

D. akan

30. Dia memeluk ibunya ________ menangis.

A. atau

B. tetapi

C. sambil

D. supaya

Soalan 31 – 35.

Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan –soalan yang berikut.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Puteh. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

Kampung Jawa. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran

di Sekolah Francis Light dan seterusnya di Penang Free school. Pada zaman Jepun, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun. Semasa di sekolah ini, beliau mempelajari lagu Jepun.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah seniman yang serba boleh. Beliau ialah pelakon, pelawak, penyanyi, pencipta lagu, dan pengarah filem. Beliau telah memenangi pingat khas The Most Versatile Talent di Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo, Jepun. Sebelum itu beliau telah dianugerahi Pingat Ahli Mangku Negara ( AMN ). Anugerah ini bagi menghargai jasa-jasa beliau dalam bidang seni.

Untuk memperolehi kejayaan, pelbagai liku telah dilalui oleh seniman agung ini. Beliau amat tekun melakukan sesuatu kerja. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita, namun namanya masih terpahat dalam ingatan kita.

clip_image020

31. Bilakah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dilahirkan ?.

A. 22 Mac 1929

B. 23 Mac 1929

C. 24 Mac 1929

D. 25 Mac 1929

32. Apakah nama sebenar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ?

A. Teuku Zakaria bin Teuku Ismail

B. Teuku Zakaria bin Teuku Puteh

C. Tengku Abdul Rahman Putra

D. Tengku Faris Petra

33. Yang berikut ialah sikap Allahyarham Tan Sri

P.Ramlee, kecuali....

A. gigih berusaha

B. tabah

C. malas

D. tekun

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

A. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Francis

Light.

B. Beliau ialah seniman yang berbakat dalam bidang

seni.

C. Beliau pernah memenangi pingat khas dalam

Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo.

D. Beliau seorang Tentera Laut Jepun.

35. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dianugerahkan pingat

Ahli Mangku Negara ( AMN ) kerana .

A. menghargai kejayaan beliau sebagai pelakon.

B. menghargai pengorbanan beliau

mempertahankan negara.

C. menghargai jasa-jasa beliau dalam bidang seni.

D. menghargai jasa-jasa beliau melatih bakat-

bakat baru dalam bidang seni.

Soalan 36 – 40.

Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan –soalan yang berikut.

clip_image021

clip_image023

clip_image024
clip_image025

clip_image027

clip_image028
clip_image029

clip_image031

clip_image032
clip_image033

clip_image035

clip_image037
clip_image038

36. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia ?

A. Tun Abdul Razak

B. Tunku Abdul Rahman

C. Tun Dr. Mahathir

37. Siapakah Perdana Menteri yang dikenali sebagai Bapa

Pemodenan Malaysia ?

A. Tun Abdul Razak

B. Tunku Abdul Rahman

C. Tun Dr. Mahathir

D. Tun Abdullah Ahmad Badawi

38. Perkataan seerti bagi pesat ialah....

A. maju

B. mundur

C. lepas

D. tinggal

39. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 ?

A. Tun Abdul Razak

B. Tunku Abdul Rahman

C. Tun Abdullah Ahmad Badawi

40. Antara yang berikut menyatakan ciri-ciri yang perlu

ada pada seorang Perdana Menteri, kecuali

A. berpandangan jauh

B. bersemangat patriotik

C. berjiwa rakyat

D. sombong

-TAMAT -

No comments:

Post a Comment