Sunday, 3 July 2011

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

SENARAI NAMA AHLI JAWATAN KUASA

PENASIHAT : Puan Tan Siok Kian ( Guru Besar )

PENGERUSI : Encik Theng Nyuk Seong ( Guru Penolong Kanan Kurikulum )

NAIB PENGERUSI : Puan Lee Sang

PENGKAJI UTAMA : 1. Encik Anuar bin Kassim

2. Puan Faridah Hanum binti Salman

AHLI JAWATAN KUASA : 1. Cik Nur Al-Khautsar binti

2. Cik Gooi Phaik Khoon

3. Cik Lai Ka Yee

i

SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH

Setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua insan-insan berjiwa yang telah memberikan kerjasama dan sokongnan kepada semua Ahli Jawatan kuasa pengkaji khususnya :

o Jabatan Pendidikan Negeri Johor

o Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

o Puan Tan Siok Kian

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Jenis ( C ) Kulai Besar

o Guru-guru Penolong Kanan

o Ketua Panitia Bahasa Melayu

o Guru-guru dan

o Murid-murid S.J.K ( C ) Kulai Besar

Serta

Kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu ahli jawatan kuasa menyiapkan kajian tindakan ini ,

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi tuan dan puan rasa nak junjung.

ii

Abstark

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah pembacaan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 ( J ). Seramai 10 orang murid Tahun 4 ( J ) dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini.

Tujuan awal kajian ini dilaksanakan melalui hasil kerja murid dan ujian-ujian kecil. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam membaca dengan intonasi yang betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut.

Dua sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di mana murid belajar kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan prestasi murid telah meningkat dan mereka lebih minat belajar.

Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.

1

1.0 : Latar Belakang Kajian

Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kulai Besar adalah sebuah sekolah yang baru mencecah empat tahun. Sekolah ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar kulai dan hampir 30 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru.

Sekolah ini mempunyai murid yang hampir mencecah 1100 orang dan dijangka mencecah sehingga 1500 orang tahun hadapan. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa cina dan hanya segelintir sahaja yang berbangsa Melayu dan India. Oleh hal demikian, telah menjadi satu tradisi di sekolah jenis kebangsaan cina di mana murid-muridnya bertutur dalam bahasa ibuanda mereka iaitu bahasa cina sebagai bahasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Oleh kerana fenomena ini sebahagian besar di antara murid-murid sekolah ini tidak dapat bertutur Bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Masalah ini berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas dan semasa berkomunikasi dua hala antara guru dan murid. Berdasarkan kepada pemerhatian masalah ini berpunca daripada pergaulan persekitaran mereka yang hanya bergaul dengan komuniti cina sahaja terutamanya di luar sekolah. Sebab demikian mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu kerana setiap komunikasi antara mereka hanya menggunakan bahsa ibunda mereka sahaja.

Walaubagaimana pun, berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada masalah dalam penggunaan Bahasa Melayu dikalangan murid-murid cina terutamanya sekolah ini. Pertama ialah tiada pemahaman mengenai fungsi satu-satu ayat dan kedua adalah amalan pengajaran guru yang tidak memberikan penekanan yang tegas dan nyata dalam pengajaran.

2

2.0 : Fokus Kajian.

Berdasarkan pemerhatian kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setakat ini, kami mendapati bahawa aspek tanda baca dalam ayat Bahasa Melayu selalu menglirukan murid.

Contoh : i. Ini apa ?

ii. Inis eekor kucing.

Seperti dari contoh di atas, murid-murid selalu keliru ketika membaca ayat di atas dengan mengikut intonasi yang betul. Terdapat di antara murid yang membaca dengan suara mendatar dan ada pula yang membaca dengan suara yang tinggi..

Jika masalah di atas tidak dapat di selesaikan, kelemahan dalam kemahiran ini boleh menjadi semakin serius. Ini akan berlanjutan sehingga ke tahap seterusnya. Apabila masalah ini berlarutan akhirnya akan menyebabkan murid-murid hilang minat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.

3

3.0 : Objektif Kajian.

Dalam menyempurnakn kajian tindakan ini kami telah menetapkan dua objektif yang perlu kami capai. Dua objektif tersebut ialah :

3.1 Objektif Am

Meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca

seperti noktah, koma dan tanda soala dalam ayat-ayat mudah Bahasa Melayu.

3.2 Objekif Khusus

Kami telah menetapkan tiga objektif khusus yang perlu dicapai

dalam menyempurnakan kajian ini iaitu :

1. Murid dapat membaca dengan lancar.

2. Murid dapat membaca tanda baca yang betul.

3. Murid dapat membaca dengan intonasi yang betul.

4.0 : Kumpulan Sasaran

Murid-murid tahun 4 ( J ) seramai 10 orang iaitu enam lelaki dan empat perempuan yang tiak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Murid-murid ini berasal dari latar belakang keluarga yang berlainan, sama ada dari aspek ekonomi dan sosial.

Sebahagian besar ibu bapa murid-murid ini adalah bekerja sepenuh masa. Oleh hal itu, masa yang di peruntukan untuk bersama dengan anak-anak adalah terhad.

4

5.0 : Perancangan Tindakan.

Berdasarkan kepada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Di antara masalah tersebut ialah tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Kebanyakan murid membaca tidak dihentian yang sepatutnya dan meneruskan pembacaan tanpa melihat tanda baca yang terdapat di dalam petikan.

Selain itu, melalui sesi temu bual dengan murid-murid yang bermasalah tersebut di dapati mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca yang mereka pelajari.

Di samping itu juga, guru turut menjalankan soal selidik dan ujian bacaan di kalangan murid yang bermasalah ini dan didapati bahawa sebilangan di antara mereka tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul. Berikut adalah analisa tinjauan maslaah tersbut :

Analisa Tinjauan Masalah ( Rujuk Lampiran 5 ).

Berikut adalah hasil ujian yang telah dijalankan :

MURID

SOALAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH

1

/

/

/

/

/

/

/

/

/

8

2

/

/

/

/

/

/

/

/

9

3

/

/

/

/

/

/

/

/

/

7

Jumlah murid adalah seramai 10 orang.

Melalui ujian yang telah dijalankan seperti di atas, guru elah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murd iaitu terdapat sebahagian daripada murid yang mengambil ujian tersebut tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh guru ramai di antara mereka tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).

5

Selain itu juga terdpat di antara mrid-murid yang dianalisa tidak dapat memahami Bahasa Melayu sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di samping itu juga, murid-murid tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan tepat.

5.1 : Aktiviti Yang Di Rancang.

i. Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi mengesan masalah yang di hadapi oleh murid dalam membezakan penggunaan tanda baca.Berikut adalah penerangan menegenai aktiviti-aktiviti tersebut :

a. Aktiviti 1 : membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan.

b. Aktivti 2 : membina ayat mudah.

c. Aktiviti 3 : belajar sambil bermain “ Kotak Beracun ’’

ii. Bahan-bahanyang digunakan dalam menyediakan setiap aktivti adalah seperti berikut :

a. Aktiviti 1 : Kertas lembaran bacaan dan kad ayat

b. Aktivti 2 : Lembaran kerja, pensel dan warna

c. Aktiviti 3 : Kotak, radio dan simbul tanda baca.

iii. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian adalah seperti berikut :

a. Soalan Ujian:

§ Tinjauan pos ialah untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji.

§ Permarkahan diberikan.

§ Analisa dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan yang dijalankan.

6

b. Temu bual

§ Guru berbual dengan murid untuk mengetahui pandangan mereka terhadap topik iaitu ‘ Tanda baca ’.

c. Pemerhatian :

§ Seorang rakan sejawat akan memerhati an menilai semasa guru Bahasa Melayu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

§ Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar dicatatkan.

§ Amalan pembelajaran murid di kesan.

7

6.0 : Perlaksanaan Tindakan.

6.1 : AKTIVITI 1

i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .

Bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid sebagai set induksi. Guru menyoal murid beberapa soalan untuk dijawab oleh murid.

Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.

Murid di minta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru mengajar murid membaca dengan mengikut intonasi yang betul serta membetulkan kesilapan murid secara langsung sekiranya berlaku.

Sebagai langkah penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.

ii. Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh rakan sejawat di dapati bahawa semua murid-murid memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajran dijalankan. Di samping itu, semasa sesi soal jawab diadakan dapat dilihat dengan jelas bahawa penglibatan murid adalah sangat aktif.

Di samping itu, murid-murid juga turut berasa gembira semasa aktiviti 1 dijalankan terutamnya semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dapti guru elah menunjukkan komitmen dan keyakinan serta semangat yang tinggi sebagi seorang pendidik.

8

ii. Refleksi.

Guru mendapati bahawa aktivi seperti aktiviti 1 berjaya diajalankan memandangkan semua murid melibatkan diri sewaktu aktiviti 1 dijalankan terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang ditujukan. Selain itu juga, penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh perhatian dan kerjasama kepada guru sepnajang aktivti 1 dijalankan.

Guru juga mendapati bahawa aktiviti membaca secara kumpulan juga berkesan kerana guru dapat mendengar intonasi yang disampaikan adalah amat jelas kedengaran. Dengan segala kerjasama dan penglibatan semua murid aktiviti 1 telah berjaya dijalankan dengan lancar serta mencapai objektif serta matlamatnya.

9

6.2 : AKTIVITI 2

Aktiviti 2 adalah aktiviti yang berbentuk tulisan.

i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .

Guru menerangkan fungsi setiap tanda baca seperti noktah,koma dan tanda soal semasa sesi soal jawab. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4 dan 5 ) untuk muri-murid siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iatu 20 minit untuk 10 soalan. Seterusnya guru menjalankan sesi perbincangan setelah murid menyiapkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4 dan 5 ).

ii. Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian di dapati bahawa murid menunjukkan reaksi memahami akan penggunaan tanda baca yang diberikan. Selain itu juga murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dengan cepat dan baik sekali. di samping itu juga semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid telah memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama semasa menjawab soalan serta sewaktu menjalankan aktiviti 2.

ii. Refleksi.

Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dengan tepat serta dapat menulis jawapan yang betul pada kertas lembaran kerja yang dikemukakan. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa murid-murid lebih faham akan penggunaan tanda baca jika dibandingkan dengan sebelum menjalankan aktiviti ini.

10

6.2 : AKTIVITI 3.

Aktiviti 3 adalah aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain (Kotak beracun)

i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .

Bagi menjalankan aktiviti ini, guru telah membawa murid keluar dari bilik darjah dan berkumpul di Dataran Ilmu. Murid-murid diminta untuk membuat satu bulatan dan duduk tanpa menjejaskan bentuk bulatan ( dalam kumpulan yang telah ditetapkan ).

Guru telah mengedarkan sebuah kotak untuk setiap kumpulan, yang mana setiap kotak mempunyai simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal

( , . ? ). Guru menerangkan langkah bagi melincinkan aktiviti ini. Guru memainkan muzik dan apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( , ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

ii. Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Selain itu juga, murid-murid didapati bahawa murid kelihatan lebih memahami tentang penggunaan tanda baca. Di samping itu juga, didapti hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dngan begitu cepat dan betul. Kerjasama yang diberikan oleh murid telah berjaya melincinkan aktiviti ini dengan jayanya.

ii. Refleksi.

Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Secara tidak langsung telah membuktikan bahawa aktiviti 3 telah berjaya mempertingkatkan kefahaman murid akan setiap penggunaan tanda baca.

11

7.0 :Cadangan Tindakan Seterusnya.

Sebagai langkah tindakan seterusnya, guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perjumpaan dan mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain. Dengan adanya perbincangan dua hala secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah-masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pemebelajaran.

Selain itu juga, guru boleh mengemukakan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu semasa perbincangan kumpulan diadakan. Dengan adanya perbincangan kumpulan secara tidak langsung guru dapat mengemukakan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Di samping itu , guru-guru juga perlu meyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.

Pihak pengurusan sekolah juga boleh mengambil insiatif melalui panitia Bahasa Melayu dengan mengadakan bengkel atau kursus pendek yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan pembaharuan sukatan pelajaran dan masa. Melalui bengkel yang diadakan secara tidak langsung tahap profesionalisme guru turut ditingkatakan seiring dengan kehendak semasa.

Guru-guru Bahasa Melayu juga boleh melaksanakan pengajaran rakan sebaya antara murid yang sederhana dan cerdas semasa menjalankan aktivti pengukuhan di dalam kelas. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan pengajaan dan pembelajaran secara “ coperatif learning ” iatu pengajaran berkumpulan. Dengan wujudnya kerjasama antara murid sederhana dan cerdas, guru secara tidak langsung dapat memberi tumpuan yang lebih terperinci terhadap murid-murid yang lemah serta yang belum menguasai kemahiran yang diajar.

12

Semua guru termasuk guru Bahasa Melayu juga harus sedar bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi ia merangkumi merangkumi seluruh persekitaran sekolah. Sebagi contoh guru boleh membawa murid keluar dari bilik darjah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemahiran dan masa.

Akhir sekali, motivasi atau pengukuhan dari guru kepada murid secara tidak langsung dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya pujian seperti baik, bagus dan sebagainya ini secara tidak langsung menunjukkan setiap kerjasama yang diberikan oleh murid dihargai oleh seorang guru.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Beban dan tanggungjawab ini bukan haya di bahu guru Bahasa Melayu tetapi termasuk Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru

( PIBG ) dan ibu bapa sendiri

13

Lampiran 1

S.J.K ( C ) KULAI BESAR

BAHASA MELAYU

TAHUN 4

NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________%

KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________

ARAHAN : BACA AYAT-AYAT DI BAWAH DENGAN MENGIKUT INTONASI YANG BETUL.

1. Ini sebuah sekolah.

2. Setiap pagi, saya pergi ke sekolah.

3. Budak kecil itu, adik saya.

4. Di manakah buku saya ?.

5. Siapakah nama budak lelaki itu ?.

6. Emak ke pasar membeli ikan, daging dan telur.

7. Berapa bijikah guli itu ?.

8. Harimau, singa dan buaya ialah haiwan ganas.

9. Wah, besarnyarumah itu !

10. Inikah beg kamu ?.

14

Lampiran 2

Petunjuk

G – Guru

M - Murid

( Sebelum aktiviti )

Dialog 1

G – Suka belajar Bahasa Melayu ?.

M – Suka, tapi kami tak faham.

G – Apa yang awak tak faham.

M – Cikgu cakap.

Dialog 2

G – Siapa yang tidak pandai membaca ?

M – Semua pandai baca cikgu.

G – Tapi mengapa kamu baca tak betul ?.

M – Baca saja, tapi tidak faham. Sikit-sikit sahaja faham.

( Selepas aktiviti )

Dialog 1

G – Bolehkah kamu menjawab soalan ini ?.

M – Boleh cikgu.

G – Memgapa kamu yakin boleh jawab ?.

M – Saya faham.

Dialog 2

G – Kamu sudah bertambah bagus ?

15

M – Betul cikgu.

Lembaran 3

S.J.K ( C ) KULAI BESAR

BAHASA MELAYU

TAHUN 4

NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________%

KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________

ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL.

1. Ini kucing.

2. Cantik

3. Kucing ada mata.

4. Kucing mata ikan.

ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL.

1.Ini kucing ?.

2. Cantik ?.

3. Kucing ada mata ?.

4. Kucing mata ikan ?.

16

Lembaran 4

S.J.K ( C ) KULAI BESAR

BAHASA MELAYU

TAHUN 4

NAMA :_____________________( ) MARKAH : _________%

KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________

ARAHAN : ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN MENGGUNAKAN TANDA BACA YANG BETUL DAN TEPAT.

1. Ini apa___.

2. Aduh____sakitnya gigi saya !.

3. Saya suka makan durian___rambutan___dan ciku__

4. Siapakah nama kamu __.

5. Di manakah buku saya ___.

6. Tiba-tiba__ hujan pun turun ___

7. Setiap petang___kami akan ke padang__

8. Adik saya sedang menulis___

9. Itu pensel saya___

10. Mengapakah kamu lewat_____

17

Lampiran 5

S.J.K ( C ) KULAI BESAR

ANALISIS UJIAN

TAHUN 4 ( J )

MURID

SOALAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

JUMLAH

1

/

/

/

/

/

/

/

/

/

8

2

/

/

/

/

/

/

/

/

9

3

/

/

/

/

/

/

/

/

/

7

4

/

/

/

/

/

8

5

/

/

/

/

/

6

6

/

/

/

/

/

/

7

7

/

/

/

/

/

/

/

7

8

/

/

/

/

/

/

/

9

9

/

/

/

/

/

/

6

10

/

/

/

/

/

/

5

JUMLAH

10

4

6

10

10

2

3

4

10

9

18

ALLAH MAHA KUASA

  Ini adalah coretan aku selepas KERNA RM21.50,..ntah bagaimana aku hendak menulis coretan ini tp aku sudah telah diberi kebenaran oleh tuan punya cerita ini..selepas habis kelas dengan budak tahun 4 di Madrasah..semasa aku menemani seorg anak muridku aku dapat tel dr satu no tel yang aku tidak kenali..di dalam hati adakah perlu aku mengangkat atau tidak..mungkin mustahak atau tidak..aku menjawab panggilan itu..rupanya kenalanku dr Johor menelefonku..dalam suara yg teragak2 dia ingin berjumpa dengan aku..jauh disudut hatiku aku tertanya2 mengapa dia mahu berjumpa dgnku..bila dia ditanya ini berkaitan dengan ayahnya..ayahnya pernah menjadi rakan sejawatku semasa di Johor..dipendekan cerita...

    Aku telah pergi ke hotel  kepala batas yang telah diminta oleh kawanku ..setibanya di sana aku melihat seorang rakan yg amat ku kenali duduk di atas kerusi roda...aku amat mengenalinya kerana kami pernah mmbawa pasukan ke peringkat kebangsaan..menitis air mataku apabila melihat rakanku di kerusi roda kerana sebelum ini dia amat lincah...

    Apa yang aku ingin ceritakan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi ini adlah kisah atau kejadian sebenar yang terjadi kepada kwnku ini...Dia meminta maaf dan mengulangi beberapa kali..aku masih tertanya kenapa dia meminta maaf kepadaku...untuk kepastian dia aku menanya " mengapa cikgu minta maaf " aku telah tipu ko anuar..aku masih tertanya apa yang dia tipu aku.." aku tipu hang masa clim semasa kami anjur majlis " aku jujur tidak tahu apa yang dimaksudkan olehnya..selepas dia menangis teresak2 dia menceritakan segalanya" dia telah menipu dengan tidak memberi aku claim yg telah dibuat..dia mahu memberi semula wang claim itu kepaku..aku cuma menjawab tak perlulah kerana aku telah menghalalkan bg ku walaupun aku tidak sekaya mana tp cukuplah aku dengan apa yg ada..

    Apa yang aku ingin ceritakan bagaimana dia duduk di kerusi roda..dia menceritakan selepas berpencen dia ingin menunaikan UMRAH setibanya di Mekah dia rebah sewaktu kali pertama menjejak kaki di hadapan Baitullah dan melihat sperti tayangan video di dinding Kaabah..apa yg dilihatnya ialah penipuan dia dgn claim atau tuntutan yang telah dibuat yang tidak diserahkan kepada kwn2nya..aku merupakan org terakhir yang dia ingin dia pulang wang itu..dia bercakap dia telah menerima balasan Allah dan dia berpesan kepada supaya menceritakan sebagai teladan supaya tidak diulangi..DI AKHIR TULISAN INI AKU INGIN MENARIK PERHATIAN SEMUA DENGAN AYAT KWNKU ITU " JANGAN KITA AMBIL BUKAN HAK KITA NANTI KITA AKAN MENDAPAT BALASANNYA, MUNGKIN ADA MASANYA MANUSIA AKAN MENUTUP AIB KITA TP BALASAN ALLAH TETAP PASTI..LAMBAT ATAU CEPAT PASTI KITA AKAN TERIMA..JAUHI RASUAH DAN PENIPUAN..JANGAN KITA AMBIL HAK YANG BUKAN HAK KITA..

Sunday, 12 June 2011

KERANA RM21.50

Perkara ini terjadi selepas aku mengambil exam..apa yg terjadi ini masih aku ingat akan apa yg ditullis oleh seorang ustazah di sekolahku " KERANA RM50 ". Apa yang aku ingin sampaikan ini bukan untuk membuka pekung sesiapa tetapi cukuplah sebagai ingatan untuk kita bersama..Aku namakan coretan ini sebagai " KERANA RM21.50 ".

          Bila inginku tulis coretan ini aku nak semua yang akan membaca coretan ini dengan lafaz bismillah sebelum terus membaca catatanku ini.. Semalam diantara hari yang memenatkan diriku aku membaca buku macam orang gila kerana exam.Di takdirkan paper yang aku ambilkan hari ini senang dan aku habiskan 40 minit awal.Sewaktu aku keluar dari pintu pagar USM aku melihat seseorang yang amat ku kenali sedang merayau mengumpul tin2 kosong dan kertas.Aku melihat budak itu dari jauh, aku berkata kpd kawanku aku mahu ikut budak ini kerana aku amat mengetahui latarbelakang bidak ini.. aku Ikut budak itu sehingga ke kawasan Tesco Sungai Dua di situ ada sebuah kedai membeli barang lusuh..

         Aku dari meletakkan kenderaaan aku jauh supaya budak itu tidak tahu aku mengekorinya. Aku pergi ke kedai itu dan aku mendengar perbualan antara budak itu dgn taukey cina itu " Taukey semua barang hari ini dapat berapa duit.." tanya budak itu.." Lu punya barang semalam dengan hari ni baru rm 19.50 "ckp dgn taukey itu. " Taukey bg saya ckup rm21.50 " " taukey itu tetap berkeras tak mahu memberinya...kesian sungguh aku melihat  budak itu.." Taukey sat lagi saya datang lagi lu simpan duit ini dulu saya tetap mahu cari barang bg ckup rm21.50 "

        Di fiikiranku mengapa budak ini mahu sangat mencari Rm21.50..selepas budak itu pergi aku tanya taukey pasal apa budak itu cari barang lusuh utk dijual.Taukey itu ckp " Gua xtahu tapi setiap hujung bulan dia mesti datang bawa barang lusuh dan dia hanya mahu mencari duit tak lebih dari rm25 dan tak kurang dari rm 21.50 "

        Aku masih menunggu dekat kedai itu, kira2 30 minit budak itu datang bawak kotak n beberapa lagi tin2 minuman.."Taukey u xpayah timbang lah bagi saya lagi dua ringgit, kira cincai lah " kata budak itu..taukey itu pun setuju..

       Budak itu dengan senang hati terus ambil duit itu pergi ke Tesco yg tidak jauh dari kedai barang lusuh lagi..Dalam hatiku masih timbul persoalan mengapa budak itu mahau sangat rm21.50 Aku terus mengikuti budak itu ke tesco..sampai di sana budak itu terus pergi ke bahagian susu  terus diambil susu  dan terus hendak dibayar.Aku terus mengikuti dia sampai di kaunter dan aku menegurnya. Dia terkejut apabila aku menegurnya..Dia terkejut n dia masih mengenaliku dia terus mencium tanganku sambil satu persoalan timbul dari mulutnya " Cikgu saya nak cepat " aku pun berkata cikgu nak ikut kamu ke rumah kamu..Budak itu terus mebantah cikgu xpayah lah ikut saya balik rumah.. Aku tetap berkeras mahu ikut dia kerumah..Aku terus mengikut dia pulang ke flat dia tinggal sewaktu berjalan ke falt tempat dia tinggal dia ingatkan aku " cikgu jgn terkejut bila sampai di rumah nanti ". Apa yang dimaksudkan oleh budak itu

      Setahu aku ayah budak ini dahulu bukan orang susah, dia seorang yang mempunyai ijazah n hidup mewah juga sewaktu aku mengenali keluarga budak ini dahulu..Apabila aku sampai ke rumah budak tersebut alangkah aku terkejut apabila melihat ayah budak ini terlantar sakit dan susu yang berharga rm21.50 tadi adalah untuk ayahnya..aku tanya mana mak kamu..dia cakap mak di dalam bilik mak pun tak sihat..cikgu duduk sat saya nak bancuh susu untuk mak n ayah itu lah ayat yang terpacul dimulut budak itu..aku terus melihat gelagat budak itu dan aku tahu sekarang mengapa rm21.50 amat bernilai bg budak itu..Selepas beberbual baru aku tahu ayahnya diserang angin ahmar seusia 38 tahun n ibunya disahkan menghidap kanser pangkal rahim...skrg budak itu lah yang menjadi ketua keluarga..setiap bulan dia akan ponteng sekolah sehari untuk keluar mencari bahan2 terbuang bg mencari rm21.50 utk membeli susu untuk ibu dan ayahnya.

       Semasa aku mendengar perbualan budak itu tiba2 datang seorang cina rupanya jirannya yg mengahantar beras kepada  keluarga budak terbabit. selepas sejam plak ada seorang india datang rumah mengahntar sedikit sambil cakap . Uncle xada overtime bulan ini sikit sahaja uncle boleh tolong "  . Aku tanya budak itu cina dan india tu memang setiap bulan ker datang..dia hanya mengangguk..ada orang lain datang lagi tak dia hanya menggeleng..aku didalam hati berkata mengapa boleh terjadi bergini.Aku termanggu n aku ingin bertnya kepada kiita semua adakah kita menghargai wang yang kita ada..adakah kita sanggup untuk menghulungkan rm21.50 utk budak ini setiap bulan...adakah kita bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi utuk kita setiap bulan fikr2 bersama..

Thursday, 21 April 2011

Di manakah tempat kematianku atau cara kematianku..renung sejenak..

  Sewaktu aku minum dengan seorang ustaz di kepala batas, kami terdengar seorang lelaki yang hampir 60an..berkata  “ Aku mau mati di Mekah, setiap tahun aku pi ke Mekah  ..Mat setiap tahun aku piUmrah  Mekah semoga aku mati dekat sana…..aku hanya tersenyum bila mendengar apa yag dicakap oleh pakcik tersebut.

  Bagiku aku hanya mohon supaya Allah mematikan aku dengan cara yang terbaik dan ditempat yg terbaik..mengapa dan mengapa aku berkata begini ialah kita tidak tahu bila saat kematian kita..satu persoalan aku tinggal kepada semua “ Di manakah anda ingin mati dan Bagaimana kematian yang anda inginkan..fikir dan renungkan sejenak…

NAFSU

NAFSU
Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap-Mu
Namun Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi-Mu
Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun
Nafsu kami masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu.

Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat
Jika Engkau menjawab ia akan bangun
Di kala itu Engkau akan tertawan.

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya ialah dengki dan khianat
Seteringnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.

Nafsu adalah sebahagian daripada dirimu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada

NUKILAN : AK47 ( anuarhajikassim)

jumaat 11.35mlm

Technorati Tags:

1: ILMU DAN MAKRIFAT

ILMU DAN MAKRIFAT


Wahai yang tidak aku kenali
ku panjat gunung yang tinggi
sangkaku Engkau berada di puncaknya
namun tidak ku temui Engkau di sana.

Lalu aku terjun dari puncak gunung
jika Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku.

Tangan Kudrat Iradat-Mu menyambar ku
aku terbang dengan sayap Rahmani-Mu
mengembara ke seluruh alam maya
namun tidak ku temui Engkau di dalam alam.

Hatiku mengatakan Engkau ada
lalu aku keluar daripada alam
dan aku terjun ke dalam hatiku.

Di sana aku temui kebodohanku
bodohnya aku menyangka akulah Aku
sedangkan Dia jualah Aku
dan aku tiada beserta Dia.

Bila aku tiada beserta Dia
tinggallah Dia sendirian
rindulah Dia kepada diriku
lalu Dia terjun ke dalam hatinya
di sana Dia berjumpa Aku
Aku menyambutnya dengan tersenyum.

Aku dan Dia
Dia dan Aku
bukan dua dan bukan Satu
satu masih berbentuk
masih berjarak titik atas dengan bawah
sedangkan Aku dan Dia
tiada antara
bukan juga titik yang halus
titik yang halus masih menempati ruang
sedangkan Aku dan Dia
tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman.

Aku adalah Dia
Dia adalah Aku
tiada beza antara Aku dan Dia
bila aku cuba mengenali Dia
aku tidak kenal lagi diriku
aku tidak kenal lagi diri Dia
bila dia cuba mengenali diriku
dia tidak kenal lagi dirinya

nukilan : anuar haji kassim 9.45mlm…

Tuesday, 19 April 2011

Pandangan Kanak-kanak Dalam Pengajaran Matematik

Pengenalan

Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali mereka mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka. Akibatnya, matematik merupakan suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar dipelajari tetapi juga membosankan. Akibatnya murid-murid kehilangan minat pembelajaran matematik itu.

  Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa memahami psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik serta kebolehan menggunakannya dalam kelas adalah syarat-syarat penting bagi pengajaran matematik yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru matematik, kita harus memahami teori-teori pembelajaran matematik yang dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi yang terkenal.

  Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah.

   Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan gambarajah atau model.

   Adalah didapati murid-murid sekolah tidak dapat membuat kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu.

   Ramai murid sekolah suka menghafaz apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalkan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.

   Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, Bruner dan pembantunya kenney membuat kajian dan pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas matematik. Pada tahun 1963, Bruner dan Kenney berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik seperti berikut :

1. Teorem Pembinaan

Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau hukum matematik itu. Aktiviti-aktiviti konkrit haruslah dijalankan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka boleh belajar matematik melalui kaedah penemuan.

2. Teorem tatatanda

Tatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikuti perkembangan kognitif pelajar. Contohnya, dalam pengajaran mengenai persamaan, lebih baik dimulakan dengan tatatanda seperti # = 3@ + 2, dan setelah menguasainya, barulah diperkenalkan dengan persamaan seperti y = 3x + 2 kepada murid-murid. Rangkap matematik seperti y = f(x) hanya boleh diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.

3. Teorem Kontras dan Variasi

Prosedur perkenalkan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit melibatkan operasi kontras dan variasi. Kebanyakan konsep matematik tidak mempunyai erti bagi pelajar jika konsep itu tidak dapat dibezakan dengan konsep yang lain. Contohnya konsep lengkok, jejari, diameter dan perentas akan menjadi lebih bererti jika sifat-sifat mereka dapat dibezakan. Konsep nombor ganjil dan nombor genap patut dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor itu. Selain daripada itu, setiap konsep matematik yang baru harus diperkenalkan melalui berbagai-bagai contoh. Misalnya, operasi tambah boleh diajar dengan berbagai contoh seperti berikut :

    3 + 4 = #,        3 + # = 7,        /// + //// = ? 

4. Teorem Perhubungan

Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran, guru haruslah menggunakan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru. Contohnya operasi tolak harus dikaitkan operasi tambah, operasi tambah dikaitkan dengan operasi darab, operasi bahagi dikaitkan dengan operasi tolak atau operasi 

    Profesor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, memberi banyak sumbangannya dalam teori pembelajaran matematik. Beliau sudah berjaya dalam merancangkan satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik. Sistem pengajaran beliau yang berdasarkan kepada teori pembelajaran Piaget, adalah dirancangkan supaya mata pelajaran matematik menjadi lebih mudah dan berminat untuk dipelajari.

    Dalam buku beliau 'Building Up Mathematics', Profesor Diens berpendapat bahawa setiap konsep ( atau prinsip ) matematik boleh menjadi mudah difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit. Dienes mengelaskan konsep matematik dalam 3 kategori, iaitu konsep matematik tulen, konsep tatabahasa dan konsep penggunaan seperti berikut.

  1. Konsep matematik tulen ialah sebarang simbol yang boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungannya. Contohnya, tiga, 5, VII, adalah contoh-contoh konsep bagi nombor ganjil.
  2. Konsep tatatanda adalah sifat-sifat bagi nombor. Contohnya : 253 bererti 200 + 50 + 3.
  3. Konsep penggunaan ialah penggunaan konsep tulen dan konsep tatatanda untuk menyelesaikan masalah matematik.

    Mengikut Dienes, konsep tulen haruslah dipelajari terlebih dahulu daripada konsep tatatanda dan kedua-dua konsep itu harus difahami dengan tepat sebelum digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik. Contohnya, kesalahan dalam operasi 3(2 + 5) = 6 + 5 = 11 yang dilakukan oleh murid ialah akibat dari salah faham mengenai konsep kurungan.

    Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui peringkat demi peringkat, serupa dengan perkembangan kognitif yang dihuraikan oleh Piaget. Dienes mengusulkan enam peringkat dalam pengjaran dan pembelajaran matematik.

Peringkat 1 : Permainan Bebas

Murid-murid diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan alat bantu mengajar atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan. Dalam peringkat ini, murid-murid membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu.

Peringkat 2 : Permainan Berstruktur

Permainan berstruktur ialah permainan yang mengikut peraturan atau hukum. Dalam peringkat ini, murid-murid menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui.

Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri

Guru membimbing murid-murid dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik. Dalam peringkat ini, murid-murid harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit.

Peringkat 4 : Perwakilan Gambar

Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, murid-murid perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.

Peringkat 5 : Perwakilan Simbol

Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar. Murid-murid patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik utnuk mewakili konsepnya.

Peringkat 6 : Formalisasi

Dalam peringkat ini, murid-murid akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk menyelesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu sistem formal. Adalah ditegaskan bahawa bukan kesemua enam peringkat tersebut akan digunakan dalam sebarang pelajaran matematik. Peringkat 1 biasanya digunakan bagi murid-murid yang mula hendak mempelajari matematik. Apabila mereka sudah memperolehi konsep matematik asas yang cukup, kita boleh mulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik daripada peringkat 2 atau gabungan dengan peringkat 3.

   Sebagai panduan, kita gunakan hukum tukar tertib untuk operasi tambah dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat-peringkat yang dihuraikan di bawah.

Peringkat 1 : Murid-murid diberi peluang untuk membina dua set benda yang sama daripada biji getah atau benda-benda maujud yang lain.

Peringkat 2 : Murid di suruh 'campur' kedua-dua set itu untuk mendapatkan jumlah.

Peringkat 3 : Murid-murid disuruh menjalankan aktiviti di atas dengan menggunakan berbagai bilangan benda dalam setiap set. Dalam aktiviti-aktiviti itu, murid-murid akan dibimbing untuk menemui ciri yang sama daripada operasi tambah, iaitu kedua-dua operasi tambah memberi hasil tambah yang sama.

Peringkat 4 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan gambar

Peringkat 5 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan simbol.

Peringkat 6 : Murid-murid dibimbing untuk menemui Hukum Tukar Tertib dalam operasi tambah, iaitu :

    Apakah yang harus dipelajari dalam matematik ? Robert M. Gagne, seorang profesor dan ahli psikologi menyenaraikan Fakta, kemahiran, konsep dan prinsip sebagai empat kategori yang harus dipelajari dalam metematik.

Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol yang mewakili nombor, tanda operasi tambah, tolak, bahagi dan darab, istilah segitiga, sudut dan sebagainya. Fakta-fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan, latih tubi dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tindak balas rangsangan.

Kemahiran ialah prosedur dan operasi yang dijalankan dengan tepat dan masa yang berpatutan. Contoh kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, membina sudut tepat, melukis bulatan dan sebagainya. Kemahiran jenis ini boleh dikuasai melalui latihan dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui rantaian.

Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh konkrit. Definisi-definisi yang diberikan kepada perimeter, segitiga sama, set, subset, nombor perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. Seorang murid dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengelaskan ciri-ciri set bulatan. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. Pembelajaran jenis ini adalah pembelajaran konsep.

Prinsip matematik ialah gabungan dan perhubungan di antara konsep-konsep matematik. Teorem dan hukum matematik ialah contoh-contoh bagi prinsip matematik. Prinsip matematik boleh dipelajari melalui proses inkuiri dan penemuan atau penyelesaian masalah. Seorang pelajar dikatakan telah memahami sesuatu prinsip apabila dia telah mengenalpasti konsep-konsep dalam prinsip itu, mengaitkan konsep-konsep mengikut urutan yang sesuai serta menggunakan prinsip itu dalam situasi yang khusus. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui penyelesaian masalah.

    David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat, adalah orang yang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada resepi yang bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepi adalah lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan yang dicadangakan Bruner. Di dalam terbitan 'Education Theory' Januari 1961, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran bermakna dan pembelajaran hafalan:

Pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafaz sahaja, hasil pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak bermakna.

    Ausubel dalam kajiannya cuba menunjukkan bahawa pembelajaran resepi adalah satu-satunya strategi pengajaran yang paling berkesan untuk pembelajaran bermakna. Di dalam terbitan 'Arithmetic Teacher' Febuari 1968, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran resepi dan pembelajaran penemuan:

Dalam pembelajaran resepi, maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada pelajar. Pelajar hanya menyerap maklumat itu ke dalam struktur kognitifnya sahaja. Dalam pembelajaran penemuan, maklumat yang hendak dipelajari tidak diberikan, dan pelajar dikehendaki mencari maklumat itu sendiri. Selepas penemuan, pelajar seperti pembelajaran resepi, menyerap maklumat yang ditemui ke dalam struktur kognitifnya.

   Mengikut Ausubel, ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepi menjadi bermakna.

1. Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.

2.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada di dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

    Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu pembelajaran yang bermakna. Pertama peringkat perkembangan kognitif masih rendah untuk memahami konsep yang lebih kompleks. kedua, kekurangan motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna. Ketiga, strategi pembelajaran seperti menghafaz teorem, definisi dan langkah-langkah penyelesaian masalah akan menggalakkan pembelajaran hafalan yang tidak bermakna.

    Selepas membaca teori-teori pembelajaran yang dikemukan oleh ahli-ahli psikologi dan ahli-ahli matematik, beberapa implikasi boleh dirumuskan untuk pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan.

    Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting untuk menentukan teknik pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Murid-murid di sekolah yang masih dalam peringkat operasi konkrit hanya boleh menjalankan aktiviti pembelajaran yang bermakna dengan menggunakan benda-benda maujud atau alat bantu mengajar. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengjaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak.

    Melalui pengalaman konkrit ini, murid-murid boleh mempelajari konsep matematik dengan tepat dan bermakna. Ahli-ahli psikologi seperti Piaget, Bruner, Dienes dan Gagne menegaskan kepentingan penguasaan konsep matematik dalam aktiviti penyelesaian masalah. Untuk mempelajari konsep matematik, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus dikaitkan dengan benda-benda konkrit, alat-alat bantu mengajar atau situasi-situasi konkrit. Di samping itu, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus diperkenalkan daripada peringkat mudah kepada kompleks mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.

    Selain daripada alat bantu mengajar, pembelajaran konsep matematik boleh juga dilakukan memlalui berbagai cara. Dalam hal ini, Brunner mencadangkan penggunaan kaedah penemuan. Gagne menegaskan pembelajaran pembezaan ciri-ciri di antara konsep dengan konsep yang lain, dan Ausubel mengusulkan pembelajaran resepi dengan memperkenalkan 'pengelola awal' dari peringkat permulaan serta mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan konsep yang baru. Di samping itu, konsep umum patut diajar terlebih dahulu, diikuti dengan ciri-ciri spesifik.

Peneguhan positif juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam aktiviti pengukuhan. Melalui peneguhan positif, kemahiran-kemahiran matematik bukan sahaja dikuasai dengan berkesan tetapi minat pembelajaran matematik juga dapat dipertingkatkan. 

Pendidikan akan berubah jika kebudayaan berubah. Pendidikan perlu mengikuti aliran zaman kerana pendidikan berfungsi sebagai agen penyebar kebudayaan. Jika pendidikan ketinggalan zaman. Pendidikan tidak akan berfungsi dengan berkesan. Ini sesungguhnya adalah penting untuk menjamin kemajuan masyarakat.

Bahan-bahan Rujukan

  1. Aliran Pendidikan : Sulaiman Hamzah dan Karimah Zainab, Pustaka Aman Press, K.L. 1977.
  2. Buku Matematik untuk KBSR ( Buku 1 hingga Buku 6): Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, K.L., 1982 - 1987.
  3. Buku Panduan Am KBSR : Pusat Perkembangan Kurikulum, DBP, 1981.
  4. Buku Panduan Khas Matematik ( Buku 1 hingga 6) : Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, 1981-1986.
  5. Buku Sumber : Matematik, PPK, 1982.
  6. Buku Panduan Khas : Program Pemulihan, PPK, 1982.
  7. Buku Panduan Khas : Kelas Bercantum, PPK, 1982.
  8. Buku Panduan Khas : Penilian, PPK, 1982.
  9. Buku Panduan Khas : Program Pengkayaan, PPK, 1982.